Tuesday, July 12, 2011

Latest of us

As Salam...
tgh takdak keja ni, ada saja nak upload..hehe...
video episod kali ni merupakan koleksi terbaru kami 3 beranak..
ada pic yg pi kenduri kwn kat Penang..ada yg masa kena kursus kat Taiping...
ada yg tgh pulun mkn durian...
ada plak tambah sorang member wife join pi kenduri tu..
pusing2 Penang melawat sekolah lama wife dulu...
apa2 pun janji happy..so, enjoy the video...

Monday, July 11, 2011

Trip to Krabi,Thailand

As Salam..
actually dah lama nak upload tapi tak sempat sbb byk keja dua tiga menjak ni..
so, terima la santapan telinga dan mata masa pi Krabi,Thailand ari tu...layanzzz... :)

Tuesday, May 3, 2011

kali ni hanya nak kongsi bersama berkenaan gambar bersama isteri dan anak yg tercinta yg dirakamkan dalam tahun 2010..
my life, my love...forever n ever...insyaAllah..
i love both of u so much... :)

Monday, January 31, 2011

Secret Garden Korea




salam..
entri kali ni saja2 ja nak tulih...nak buat assignment takdak mood...so tulih blog lg best...hehe...sapa yg nak baca pun tak tau la...blog aku ni bukan ada follower pun..kira utk diari sendiri ja la...hehe...
ok...so kali ni nak cita sikit ja...pasal drama korea yg dok tayang kat Astro channel 393 tu...nampak mcm best...tp aku tak sempat nak layan lg...bini aku ja yg dok layan...sampai terbahak2...hehe...aku sempat jeling sikit2 ja...so, tau la jugak sikit2 jalan ceritanya...aku dah download dah sikit2...part by part utk dilayan bila ada masa nanti...

masa ni plak, anak yg aku sayang, Afiq demam..mmmm..panas gak la badan dia...cuak aku tgk suhu sampai 39 darjah celcius..tapi hari ni dah nampak mcm nak kebah sikit dah...panas still ada...tp tak setajam hari tu...kira kali ni la Afiq demam paling lama...5 hari gak la....hmmm...aku sentiasa doakan bg anak bini aku sentiasa sihat...Amin..

so,dah terkeluar topik plak kan..jadi...out dulu...zaaassss....wassalam...

Friday, January 14, 2011

20 cara membahagiakan isteri..bila isteri bahagia,suami lagi bahagia..

Post kali ni tak bergambar..cuma tertarik dgn tips2 utk jaga kebahagiaan rumahtangga...hanya utk ingatkan diri sendiri agar berpandukan sunnah Rasulullah SAW..moga Allah beri hidayah...amin...wallahualam..


Rasulullah SAW bersabda :

“Yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik (perlakuannya) terhadap isteri-isterinya dan aku adalah yang terbaik di antara kalian terhadap isteri-isteriku.”

Rasullullah SAW juga bersabda :

“Tidak ada yang memuliakan wanita dengan sejati kecuali laki-laki yang pemurah (dermawan) dan tak seorangpun yang menghina mereka (wanita) kecuali laki-laki yang kasar.”

20 cara suami membahagiakan isterinya :

  1. Hendaklah anda selalu memperlihatkanlah wajah yang menyenangkan ketika masuk ke rumah, ucapkan salam Islam “assalaamu’alaikum” dengan senyuman yang manis, raih tangannya dan peluklah isteri anda dengan mesra.
  2. Ketika berbicara, ucaplah kalimat yang manis serta memikat isteri anda. Usahakan isteri anda merasa benar-benar diperhatikan dan menjadikannya wanita paling istimewa untuk anda. Untaian kalimat yang disampaikan kepadanya hendaklah jelas (ulangi jika perlu) dan panggillah isteri anda dengan sebutan yang dia sukai seperti ; manisku, sayangku, cintaku dan lain sebagainya.
  3. Meskipun anda mempunyai beban kerja yang banyak, luangkanlah waktu untuk beramah mesra dan bersenda gurau dengan isteri anda. Hal ini juga dilakukan oleh Rasulullah SAW di mana beliau juga beramah mesra dan menghabiskan waktu bersama para isteri beliau, meskipun pada saat itu beliau juga penuh dengan pekerjaan serta beban tanggung jawab yang sangat besar.
  4. Mainkanlah suatu permainan ataupun selingan yang menggembirakan bersama isteri anda. Hal ini dinyatakan dalam suatu hadith bahawa Rasullah SAW bersabda :
  5. “Semua hal yang di dalamnya tidak menyebut nama Allah SWT, adalah suatu yang sia-sia, kecuali dalam empat hal : seorang laki-laki yang sedang bermain dengan isterinya, melatih kuda, memanah di antara dua sasaran, serta mengajarkan berenang.”

  6. Membantu pekerjaan sehari-hari rumahtangga. Usahakan membantu dan menolong isteri anda dengan tugas-tugas seharian rumahtangga anda, seperti membeli makanan, menyiapkan makanan, membersihkan serta mengatur rumah, dan lain sebagainya. Hal-hal seperti ini akan membawa kebahagiaan tersendiri pada diri isteri anda dan tentu saja akan semakin memperkuat cinta dan hubungan anda bersama sang Isteri.
  7. Usahakan musyawarah selalu menghiasi rumahtangga anda. Bermusyawarahlah dengan isteri anda, dalam setiap permasalahan. Pendapat yang disampaikan Ummu Salamah kepada Rasulullah SAW pada saat perjanjian Hudaibiyyah adalah suatu kejadian yang sangat terkenal. Hal ini merupakan cara yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk bermusyawarah dengan para isteri dan para sahabat beliau.
  8. Ketika Isteri anda sedang berkunjung ke tempat saudaranya, teman-temannya, serta orang-orang saleh, maka temanilah isteri anda.
  9. Tatacara melakukan perjalanan dan meninggalkan isteri di rumah. Jika anda tidak boleh membawa serta isteri anda dalam perjalanan, maka ucapkanlah selamat tinggal dengan penuh rasa sayang, bekalkan isteri anda dengan persediaan keperluan sehari-hari dan wang secukupnya, mintalah isteri anda untuk mendo’akan anda, sentiasalah untuk menghubungi isteri anda. Jangan lupa untuk meminta pertolongan kepada orang yang anda percayai untuk menjaga keluarga anda selama anda tiada. Singkatkan perjalanan anda jika dirasa sudah tidak penting lagi dan pulanglah dengan membawa hadiah. Hindari untuk pulang pada malam hari atau pada saat-saat yang tidak diharapkan.
  10. Pengurusan kewangan. Tumbuhkanlah sikap dermawan pada diri anda (tidak kedekut) dalam urusan pengeluaran rumah tangga anda sesuai dengan kemampuan kewangan anda. Pengurusan kewangan yang baik (tidak boros ) sangat berguna untuk memelihara kestabilan perkahwinan anda.
  11. Buatlah diri anda agar selalu berbau harum dan perindahkan penampilan anda. Allah SWT itu indah dan Dia menyukai keindahan. Maka selalu bersihlah anda, rapi, dan pakailah minyakwangi. Ibnu Abbas r.a. berkata :
  12. “Saya menyukai keindahan diri saya sendiri untuk isteri saya, seperti halnya saya menyukai keindahan isteri saya untuk saya.”

  13. Tentang hubungan seksual. Merupakan tugas dari suami untuk mencukupi keperluan serta hasrat seksual sang isteri. Boleh jadi ada waktunya kesihatan fizik dan psikologi isteri anda sedang berada dalam masa yang memerlukannya.
  14. Penuh perhatian. Seorang suami muslim harus sangat perhatian dan penuh perasaan terhadap isterinya. Isteri anda pasti mengalami bermacam-macam perubahan baik secara fizik dan psikologi. Pada saat-saat seperti itu, isteri anda sangat memerlukan suatu perlakuan yang mesra dan penuh perhatian, agar isteri anda boleh menghapus kesusahan dan kesedihan yang sedang dialaminya, serta menenangkan perasaannya yang mudah tersentuh.
  15. Jagalah kerahsiaan perkahwinan Anda. Diriwayatkan dalam sebuah hadith oleh Abu Sa’id Al-Khudry bahwa Rasulullah SAW bersabda :
  16. “Sungguh di antara orang yang paling buruk di hadapan Allah SWT pada saat hari kebangkitan adalah laki-laki yang mendatangi isterinya untuk melakukan hubungan badan, dan dia menceritakan rahsia itu (tentang hubungan badan) kepada yang lain.”

  17. Bekerjasama dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT, solat berjama’ah dan selalu tingkatkan aktiviti anda dalam beribadah kepada Allah SWT, seperti bersedekah, dzikir (mengingat Allah SWT), dan solat pada malam hari (qiyamul lail). Rasulullah SAW bersabda :
  18. “Semoga rahmat Allah SWT dilimpahkan kepada laki-laki yang bangun pada malam hari dan membangunkan isterinya untuk solat bersamanya, dan jika dia menolak maka percikkan air ke wajahnya”

  19. Selalu menunjukkan rasa hormat kepada keluarga dan teman isteri anda.
  20. Usahakan untuk mendidik isteri anda tentang islam dan berilah isteri anda nasihat-nasihat.
  21. Cemburu yang sewajarnya.
  22. Bersabar dan berlaku lembutlah kepada isteri anda. Kawal kemarahan anda dan buatlah sang isteri untuk menghilangkan keragu-raguannya terhadap anda, dan nasihatilah dia ketika melakukan suatu kesalahan.
  23. Jadilah pema’af dan tegurlah isteri anda dengan cara yang baik dan sampaikan pada saat yang benar-benar tepat.
  24. Jadilah seorang suami muslim yang sejati, dan terapkan semua yang pernah dibaca dan dipahami tentang Islam, dengan arif dan bijaksana.